SeLaMaT HaRi AaaBaaH!!
Syakir dan abah naik sampan kayuh. Sayang Abah!
Hari ini adalah Hari Bapa. Syakir suruh Mama hantar MMS gambar Syakir dengan Mama ke handphone Abah dengan ucapan SELAMAT HARI AAABAAH! Mulanya kami rancang hendak ke Taman Burung di Tasik Perdana hari ini tetapi pagi ini abah ada kerja. Balik dari buat kerja Abah letih. Akhirnya Syakir dengan Abah tertidur. Kami cuma sedar bila mama kejutkan sebab sudah masuk waktu Zohor.
Syakir berani tau! Tak percaya?
Syakir dengan Mama kayuh sampan. Abah tolong kemudi.
Selepas solat mama ajak keluar. Mama hendak belanja makan. Syakir frust juga sebab tak dapat pergi Taman Burung hari ini sebab kata Mama tak sempat kerana jam dah hampir jam 3 petang Taman Burung tu tutup jam 6 petang nanti tak puas jalan kata mama. Tapi sebab hendak puaskan hati Syakir, Mama dengan Abah bawa jalan-jalan di Tasik Perdana.
Makan time!
Apalah peta ni tak jumpa pun Taman Burung
Mula-mula kami naik tren suttle. Kemudian kami naik sampan kayuh di tasik. Seronok. Memandangkan cuaca mendung kami ambil keputusan untuk balik.
Naik train

Abah dan Syakir posing belakang.
Abah dan Syakir posing depan.
Kami ke Subang saja jalan-jalan. Mama hendak beli hadiah untuk Abah dan belanja makan. Tapi sayangnya barang yang mama hendak hadiahkan buat abah tu sudah habis stok.